Posts
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
~ E-mail, SMS, dll berantai? ~
What's my opinion?
Setelah beberapa ketika sy telah melakukan sesi pengabaian kpd blog ini, bukan kerana tidak mahu menyampaikan tetapi sedang cuba utk mengutamakan yang utama dan akhirnya sedikit perkongsian buat semua..
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.."
[H/R: Bukhari dan Tirmizi]
Tetapi sejauhmana kebenaran dan kesahihan mesej yang difoward tersebut tidaklah pula dikaji sepertimana firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud,
[HQ 49:6]
dan katakanlah perkataan yang benar.."
[HQ 22:70]
" Maka bertanyalah kepada orang-orang yang tahu (berilmu), jika kamu tidak mengetahui.."
[HQ 21:7]
[HQ 9:71]
Disini sy sertakan satu artikel menarik yang bertepatan dengan topik pada kali ini. Ditulis oleh Akh Idris dan boleh kita hayati serta renungkan bersama kesan setiap tindakan kita itu kepada agama dan masyarakat.
Kejahilannya terserlah lagi apabila membuat seruan supaya umat Islam SENTIASA/TIDAK BERHENTI mengerjakan solat dan berazan. Ajak orang supaya membanyakkan solat itu bagus, tapi solat dan azan ‘non-stop’ tu pernahkah dibuat para pendahulu kita? Boleh jadi si pencetus ini bukan orang Islam, tak mustahil. Lebih-lebih lagi apabila dia menulis “kpd 10 umat ISLAM” dengan perkataan ISLAM diserlahkan berhuruf besar. Cepatlah habis ‘kredit’ orang-orang Islam asyik menyambung rantai mesej palsu.. : )
Setelah beberapa ketika sy telah melakukan sesi pengabaian kpd blog ini, bukan kerana tidak mahu menyampaikan tetapi sedang cuba utk mengutamakan yang utama dan akhirnya sedikit perkongsian buat semua..
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.."
[H/R: Bukhari dan Tirmizi]
Tetapi sejauhmana kebenaran dan kesahihan mesej yang difoward tersebut tidaklah pula dikaji sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud,
[HQ 49:6]
dan katakanlah perkataan yang benar.."
[HQ 22:70]
" Maka bertanyalah kepada orang-orang yang tahu (berilmu), jika kamu tidak mengetahui.."
[HQ 21:7]
[HQ 9:71]
Disini sy sertakan satu artikel menarik yang bertepatan dengan topik pada kali ini. Ditulis oleh Akh Idris dan boleh kita hayati serta renungkan bersama kesan setiap tindakan kita itu kepada agama dan masyarakat.
Kejahilannya terserlah lagi apabila membuat seruan supaya umat Islam SENTIASA/TIDAK BERHENTI mengerjakan solat dan berazan. Ajak orang supaya membanyakkan solat itu bagus, tapi solat dan azan ‘non-stop’ tu pernahkah dibuat para pendahulu kita? Boleh jadi si pencetus ini bukan orang Islam, tak mustahil. Lebih-lebih lagi apabila dia menulis “kpd 10 umat ISLAM” dengan perkataan ISLAM diserlahkan berhuruf besar. Cepatlah habis ‘kredit’ orang-orang Islam asyik menyambung rantai mesej palsu.. : )
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
InsyaALLAH blog ini akan sentiasa dicuba untuk diupdatekan ;) Hehe..
Agaknya belum terlambat untuk ana mengucapkan ~ Salam Eid Al Adha! ~ Kullu Sanah Wa Antum Thoyyibin!
How's my Eid?
Alhamdulillah, tahun ni raya kat Tanta. Dapat juga kami jejak kaki ke Tanta. Medic Mesir buat korban kat Tanta. 2 camels and few goats.
YA ALLAH, jadikanlah setiap amalan kami ikhlas keranaMU!
Places that I went from a day before Eid.
1) Tanta
Kami bertolak dari Mahattah Sidi Gabir dalam pukul 8.15 pagi dengan menaiki tren. Kat sini ada banyak jenis tren, antara yang terpopular ialah tren tiket (*macam biasa) and chicken train! What is this chicken train?
*Kononnya ;)
Chicken train = Tren ayam = Tren yang teramat sesak = Over crowded train = Zahmah awi!
Alhamdulillah, kami still dapat menaiki tren tiket walaupun agak lambat membelinya.
2) Imarah ?
Tak ingat pula apa nama imarahnya. Kalau tak silap, satu imarah ni pelajar Medic Mesir. Rumah mereka, Subhanallah, cantiknya. Ana tumpang rumah kawan ana yang berada di tingkat 8. Alhamdulillah, lif takde. Boleh membakar 1100 Kcal.
3) Awwal Bahr
Disebabkan salah satu sunnah hari raya ialah memakai baju baru, kami pun beli jubah baru kat Awwal Bahr. Memang murah!
4) Istad
Kami solat raya kat sini. Best! Why?
1) Kami solat kat padang
2) Manusia sangat ramai
3) Semua manusia sujud ke arah satu kiblat ~Satu panorama yang tersangat indah ;) ~
Subhanallah =)
Yang tak bestnya, ana tak berapa dengar suara imam.
5) Tempat sembelihan
Beberapa ekor unta, lembu dan kambing telah berjaya ditumbangkan. Alhamdulillah.
Semoga kita semua dalam keredhaanNYA!
6) Fathallah
~ Jangan tiru perbuatan ini ~
7) Wedding Ustaz Fairus dan Ustazah Sofiah
Barakallahu Lakuma Wa Baaraka Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khayr!
8) Qahirah
Kami pergi ke Qahirah menaiki tramco. Tramco ni ialah sebuah van. Tapi, jangan bayang van Malaysia yang kecik2 tu. Tramco ni standard Toyota Commuter kalau nak dikira dari segi saiznya. Memang teramat selesa.
Guess, pukul berapa kami sampai kat ARMA?
~ Blind night ~
Alhamdulillah, disebabkan kami bukanlah cowards, (orang Islam kenalah berani!), kami redah je. *Selepas usaha mencari musyrif menemui kegagalan.
Itu antara beberapa tempat yang ana pergi. Walaupun agak penat tapi seronok. ;)
* * *
InsyaALLAH minggu depan depan, kami, pelajar first year Alexandria University akan menghadapi exam. So, pray for us!
Dan doakan kejayaan umat Islam amnya.
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..
Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Alfu Asifah!
Kesibukan yang teramat sangat menghalang peng'update'an blog ini.
Internet kat rumah belum dipasang walaupun sudah dibayar. Dengan tidak semena-mena pihak Universiti Iskandariah mengecas wireless yang dipasangnya di universiti. Satu jam L.E. 1.50.
Just in front of my house! Belakang tu Laut Meditarranean.
14, Floor 3,
Zainab Building,
Abu Kabeer Street,
Camp Chezar,
Alexandria, Republic Arab of Egypt.
Mesir hanyalah terdapat satu pattern warna iaitu:
Kuning, coklat pekat, coklat cair, kelabu, kuning langsat, kuning cair, red brick.
*Suramnya.
Alhamdulillah, kehadiran pantai mengubat kesuraman. ;)
~ Takleh nak pakai internet lama-lama memandangkan ini hanyalah broadband pinjam. ~
Akhir kalam, duduk Mesir ni best! =)
Alfu Syukran for my both parents yang telah mengorbankan harta untuk menghantar anaknya ke sini.
P/S: Tiket flight RM 2334 sahaja! Back and return. Nak balik boleh? Please..
YA ALLAH, tetapkanlah dan kuatkanlah dan tinggikanlah iman kami!
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..
Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Last post: September 17th. Today: October 5th. Hehe. ;)
1) Apa yang perlu dibuat semasa mendengar azan? Teruskan bermain? Teruskan bercakap? Teruskan bergelak ketawa?
Sunnahnya yang memang hampir semua orang tau, kita jawab seruan azan ni.
Dari Abu Said Al Khudri R.A., dia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda, "Apabila kalian mendengar seruan (untuk solat), maka sahutlah (kalimat demi kalimat) sebagaimana yang dikumandangkan oleh muazzin." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini hanya sunnah, bukanlah satu kewajipan.
Berdalilkan (dengan satu perbuatan Nabi S.A.W.) { ketika mana Baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, Baginda bersabda: "(kamu berada) atas fitrah." Ketika Baginda mendengar syahadah, Baginda bersabda: "Kamu selamat daripada neraka." } (Riwayat Muslim)
Jumhur Ulama' berkata: "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi S.A.W. akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahut azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Said) menunjukkan kepada istihab (sunat)..." (As Sana'ani, Subulus Salam, Jilid 1, m/s 428)
2) Ada pendapat menyatakan kena berdiri semasa azan?
Takde dalil yang menyatakan camtu pun..
3) Kalau baring semasa azan? Betul ke nanti mayat jadi berat?
Memang biasa dengar kalau baring time azan nanti mayat jadi berat. Tapi, dalilnya tak pula dijumpa. Tak salah nak baring.. Tapi nampak macam kurang beradab.
4) Betul ke kalau bercakap time azan, nanti payah nak mengucap?
Jadi, kenapa para sahabat bercakap time azan?
Adalah mereka di zaman Umar Bin Al Khattab, menunaikan solat (sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah Umar masuk ke dalam masjid, apabila Umar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Thalabah: Kami pun duduk (berhenti dan menunaikan solat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan selesai, lalu Umar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kami pun diam dan tidak ada seorang pun daripada kami yang berbicara. (Muwata Malik dengan Syarah Az Zarqani, Jilid 1, m/s 307)
Kalau berhenti bercakap kerana nak hormat azan memang bagus. Semoga niat yang baik itu mendapat pahala, InsyaALLAH.
Tetapi, jagalah adab. Janganlah masa azan, kita terus gelak kuat2. Malu orang kafir tengok.
5) Kalau azan masa cikgu tengah mengajar, kena stop sekejap ke?
Tak perlu.. Just jawab azan. Tapi kalau rasa tak mampu nak mengajar dan menjawab seruan azan sekaligus, takut tak sedar or takleh nak concentrate, ada baiknya berhenti mengajar kejap.
Yang penting ialah sunnah menjawab azan, bukan berhenti bercakap. :)
P/S: Al Fatihah untuk arwah jiran ana. Died today. (Or yesterday)
: : Kullu Nafsin Zaaiqatul Maut! : :
YA ALLAH, kuatkanlah iman kami!
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..
Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin ^semakin malas^
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Sudah lama tak post ya.. Fasa-fasa terakhir Ramadhan sudah menjengah..
Ehemm.. Sila baca dengan penuh concentrate dan rendah diri..
Adakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qur'an atau solat? Atau mungkin merasa susah untuk Qiyamullail? Padahal jam loceng sudah dikunci, alarm handphone juga sudah diset. Tetapi ketika ia berdering, kita tetap lena dalam tidur. Tidak dengar langsung bunyi-bunyian tersebut dan akhirnya berhenti sendiri. Atau, mungkin bangun dalam keadaan semi sedar untuk mematikan alarm dan terus tidur semula. Padahal kebiasaannya, kita boleh bangun. Jadi, apa sudah jadi dengan diri kita?!
Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini seakan-akan berat ketika melantunkan ayat-ayat Al Qur'an atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita pernah mengalami keganjalan, bercakap tidak lancar, blank ketika presentation, mengajar atau ketika mengisi halaqah atau pengajian meskipun sebelumnya sudah mempersiapkan pelbagai materi dan bahan-bahan?
Hah.. Jika hal macam ni terjadi pada diri kita, maka cepat-cepatlah evaluasi diri! Sebelum ia menjadi lebih parah lagi, baik rawat sikit-sikit. Sama juga macam penyakit, kalau dah ada tanda-tandanya, kena pergi klinik cepat-cepat dan makan ubat sebelum ia melarat menjadi kanser yang membahayakan.
Begitu juga dengan rohani kita. Kalau dah ada simptom-simptom yang tak menyenangkan ni, baik kita segera mutaba'ah diri, bagaimana hubungan kita dengan ALLAH S.W.T. dan apa yang telah kita lakukan?
YA ALLAH, ighfir zunubana!
Mungkin banyak sangat maksiat sampai nak buat amalan pun susah sangat-sangat. Hati dah terlampau hitam agaknye. Wal Iyazu Billah! Mungkin kita tak dapat jaga badan kita daripada melakukan hal-hal makruh, bahkan haram sehingga menghalang badan kita untuk beribadah kepadaNYA.
Contohnya:
Kita menggunakan mata untuk menonton drama-drama merapu walaupun 30 minit.
Kemungkinan besar malam tu, kita susah nak Qiyam. Mata susah nak celik. Kalau bangun pun, solat mengantuk. Jangan solat time mengantuk! Solat 28 minit pun still tak khusyuk lagi. Solat apabila mengantuk juga makruh. Atau worst, tak bangun langsung sebab siangnya mata kita tidak dijaga daripada maksiat. Akhirnya, ALLAH S.W.T. pun tak jaga mata kita untuk beribadah kepadaNYA.
Setakat mata sahaja tak cukup. Kita kena jaga telinga sekali. Mungkin kita susah nak Qiyam sebab telinga dibiarkan dengar benda-benda maksiat masa pagi harinya. Contohnya: lagu-lagu jahiliyyah. Akibat lama sangat dengar sampai terngiang-ngiang kat telinga lagu tu.. (ni masuk tahap parah). Maka ALLAH S.W.T. pun tutuplah telinga kita daripada mendengar alarm or deringan jam loceng. Bahkan, azan.
Telinga + mata = masih tak cukup lagi.
Antara organ paling popular untuk menjerumuskan manusia ke api neraka ialah ...
Mulut/Lidah!
Serious bahaya! Tengah sibuk berborak-borak, tak sedar berjuta-juta dah benda terlepas. Teringat kat iklan mengumpat orang Arab. Sekumpulan perempuan cantik lagi ayu tengah berborak-borak sambil makan daging mentah. Last-last iklan tu, seorang perempuan tengah jilat darah dekat jari sambil memberi renungan tajam. Seram kami dibuatnya. Kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa. Mungkin disebabkan mulut inilah, masa nak tasmi' habis tersekat. Last-last, i'adah! (Perkataan yang paling tak best didengar banat selain tetas) *Kalau dengar perkataan tetas ni, nak nangis pun ada.
Padahal kalau mulut terjaga, InsyaALLAH senang je nak tasmi', nak buat presentation, memberi pengisian kat halaqah, dll. Kadang-kadang, ilham datang je mencurah-curah bak air terjun sampai kalau mulut tu ada dua, nak bagi terus idea tu. Itu semua kerana ilmu dan ilham daripada ALLAH S.W.T.. Kalau kita buat benda yang ALLAH S.W.T. suka, ALLAH S.W.T. akan memberi ganjaran baik kepada kita.
Wal Akhirah..
Hati. Ini bahagian terpenting yang perlu dijaga selain yang tertera di atas. Hati ini ibarat pemimpin. Putih hatinya, mahmudah amalannya. Kalau hitam, maka banyaklah amalan mazmumah yang terkeluar. Kalau banyak sangat buat maksiat, hati boleh mati. Kalau hati mati, maka hilanglah perasaan kisah dalam diri. Buat maksiat pun rasa macam tak berdosa. Dosa ni ibarat noda-noda hitam pada hati. Atau jelaga. Amat susah hendak dibersihkan kalau dibiarkan dan tak bertaubat.
Antara penyebab kematian hati ialah banyak bergurau. Boleh nak bergurau tapi ada batas-batasnya. *Peringatan berguna kepada diri ini.
Mari merenung kembali diri kita. Muhasabah dan koreksi diri sebelum Malaikat Pencabut Nyawa datang.
"Cukuplah mati itu sebagai peringatan"
ALLAH S.W.T. Maha Pengasih dan Penyayang. Sebelum kita mati, maka masih tak terlambat untuk bertaubat.
Sepatutnya kita kena rasa rugi kalau tak Qiyam walaupun satu malam. Rasa sedih sebab ibadah tak khusyuk. Jika kita ada perasaan macam tu, maka jagalah diri kita. InsyaALLAH, ALLAH S.W.T. akan menjaga kita agar kita sentiasa dekat denganNYA.
Nauzubillah.. Nauzubillah daripada tergolong dalam golongan yang dibiarkan.
Astgahfirullah Al Azeem..
~Selamat Hari Raya Aidilfitri~ .:Fahamilah maksud sebenar di sebalik perayaan ini:.
Semoga kita semua di bawah rahmat ALLAH S.W.T.!
Credits to Puan Nurul Damia Binti Muhammad Zin
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..
Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Mari kita bincang perihal inai. Summary dah ni! Ana baca kat blog student Ibnu Khaldun beberapa hari lepas tapi tak sempat (???) nak post lagi. Mari kita baca sama-sama.
~Ikhlaskan diri anda kerana ALLAH S.W.T., semoga pahala mengalir dalam diri~
Kita tengok pendapat Imam Arba'ah.
Syafie:
Lelaki - Harus pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali tangan dan kaki. Tetapi, dibenarkan inai pada tangan dan kaki jika untuk berubat dan darurat sahaja.
Perempuan - Haram untuk perempuan yang dalam iddah sebab kematian suami.
Hanbali:
Lelaki dan perempuan - Harus pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali kepala.
Hanafi dan Maliki:
Lelaki dan perempuan - Haram pada mana-mana bahagian anggota badan kerana ia adalah sama macam pakai wangian.
Kenapa sama macam pakai wangian?
Diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W. memberitahu kepada Umm Salamah, "Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian." (Diriwayatkan oleh At Tabarani dalam Al Kabir, Al Baihaqi dalam Al Ma'rifah dan Ibn Abdil Barr dalam At Tamheed).
Imam An Nawawi R.A. dalam Fatwa Al Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna (inai) di tangan dan kaki mereka.
Sedikit hadith yang berkaitan;
1) Diriwayatkan dari Aisyah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda S.A.W. melihat tangan itu seraya baginda S.A.W. bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan." Perempuan itu menjawab: "Aku adalah seorang wanita." Baginda S.A.W. bersabda: "Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna di jarimu." (Hadith riwayat Abu Dawud).
2) Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna dibawa ke hadapan Rasulullah S.A.W.. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W.: "Wahai Rasulullah S.A.W.. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari Al Baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah S.A.W.: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W. bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Sahih Al Jaami', 2502).
Conclusion:
1) Perempuan diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka
tetapi
berwaspadalah jika tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj. Pada keadaan ini, hukumnya adalah haram.
2) Rasulullah S.A.W. menggalakkan kaum perempuan memakai inai pada tangan adalah untuk membezakan antara lelaki dan perempuan.
3) ALLAH S.W.T. melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.
Alhamdulillah.. Sampai satu ilmu.
How about inai berukir? Boleh ke?
1) Dari Ibnu Umar R.A. katanya: "Bahasawanya Rasulullah S.A.W. mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah S.A.W.) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." (Hadith bilangan 2003: Sahih Muslim).
2) Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda: "ALLAH S.W.T. mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)." (Hadith bilangan 1685: Sahih Bukhari)
Maka berkata Dato' Abu Hasan Din Al Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat ALLAH S.W.T.. Inai berukir awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari."
Tuup! Terketuk diri sendiri. Ya, kami sebahagian students al manar suka membuat lakaran inai pada tangan dan kaki dengan inai tiub.
Semoga ALLAH S.W.T. merahmati kita!
P/S: Dah habis tilawah Quran belum? Berapa kali khatam dah?
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..
Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Doakanku mampu khatam Quran lagi!
Best la banat boleh baca kat sekolah. Tiada sebarang gangguan. Maryam mesti dah 10 kali khatam.. Kan? Fadhilah Yaakob? Hehe..
Alhamdulillah.. Telah berjaulah ana tanggal 1 Ramadhan lepas. Ke mana?
1. My kampung at Kampung Kolam, Melor, Kelantan.
This is my sister, Jijah. Me and my father pergi Kelantan sebab nak ambil dia yang dah berminggu-minggu tak balik rumah. Perjalanan kami dari KL ke Melor hanya mengambil masa selama lebih kurang 5 jam 30 minit.
2. Maahad Al-Manar
Anak siapakah ini?
Inilah anak sulung Kak Jun! Namanya Nur Syafiah. Masa Kak Jun datang Al-Manar, dia still single lagi.. Sekarang dah beranak sorang.. Anak-anak adalah anugerah dan amanah ALLAH S.W.T.!
Semoga Syafiah menjadi anak yang solehah!
3. Rumah Nasihah Sakinah Che' Zulkifli
Asalnya nak gi SMI Aman.. Tengok-tengok cuti. Nak dekat 2 tahun lebih tak jumpa siha. Alhamdulillah, ALLAH S.W.T. masih bagi peluang.
Semoga pertemuan ini diredhai oleh ALLAH S.W.T.!
Yang dalam gambar tu Nabilah. Dia pun ikut same mase ana dok berceritera dengan siha sampai pagi. Haha. Mula-mula pasal SMI Aman. Last-last pun pasal SMI Aman. Kenapa mesti SMI Aman? Adakah keglameranku melampaui batas SMI Aman? Hahaha.. Gurau saja! Jangan muntah ;)
Nor pun ikut sekali!
Alhamdulillah.. Telah ALLAH S.W.T. beri kepada kami peluang untuk bertemu kembali.
4. Kolej Jaiputra
Lepas solat ada kultum. Kuliah tujuh minit. Maka tersengguk-sengguklah mereka yang mengantuk.. Illa Qaleel yang survive. Golongan yang berjaya biasanya yang Qaleel kerana mereka melawan kebiasaan.
InsyaALLAH Kak Mayah and Kak Aini akan ke Yaman 24 Oktober ni!
Overall, Alhamdulillah!
YA ALLAH, thabatkanlah kami dalam madrasah ramadhan bersama all muslims!
Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di
bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang
naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan
ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan
masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana
kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah,
orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu
dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!",
orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang
menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya
perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal
dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Semoga kita mendapat naungan ALLAH S.W.T. pada hari kiamat kelak!
Ameen~
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..
Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Masa ziarah2 blog hari tu, terjumpalah akan satu artikel (bukanlah artikel sangat) yang amat menusuk jiwa! Alhamdulillah.. ALLAH S.W.T. masih menyayangi diriku. Maka, ingin ana kongsikan dengan antum semua, supaya antum semua juga beroleh pengajaran dan takdelah ana termasuk dalam kalangan orang yang kedekut ilmu.
Sebelum tu, ingin ana hidangkan satu ayat Quran yang memang boleh menimbulkan keinsafan kepada mereka yang mahu.
Cuba kita renung dalam2 ayat ini.
Maksudnya: "Oleh itu biarkanlah mereka (wahai Muhammad S.A.W.) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!
Kita nak dibiarkan ke? Hidayah perlu dicari. Kalau nak hidayah, mana boleh duduk diam je. Kita kene berusaha buka buku, mendampingi orang2 alim, dengar ceramah, pergi kbm, dll.
ALLAH S.W.T. tak akan mengubah sesuatu kaum sampai dia mengubah dirinya sendiri.
Kalau nak duit banyak, mana boleh tak berusaha!
Al-kisahnya tentang lambat solat.. Mari ana memberi hikayat tentang proses penyampaian amalan solat kepada ALLAH S.W.T.. Sebelum itu, kita ambil satu nama dulu.
Lubna.
Maka, cara penyampaian amalan solat kepada ALLAH S.W.T. ni lain sikit. Kalau puasa, direct! Kalau solat, ada malaikat posmen yang hantar. Malaikat posmen ni kene melepasi banyak tol. Tol2 ni malaikat juga yang jaga.
Kalau Lubna solat awal, Alhamdulillah.. Amalan solatnya terus sampai kepada ALLAH S.W.T.. Tolnya free, tiada jem dan tiada sekatan.
Tetapi, kalau Lubna solat lambat! Tolnya free juga.. tapi MasyaALLAH, road block dia! Mana boleh samakan sekatan malaikat dengan sekatan polis black maria tu!
MARAH!
Langit pertama, malaikat penjaga tol akan marah posmen a.k.a. malaikat Lubna. Merayu-rayu malaikat Lubna supaya diberi laluan. Tetapi, malaikat penjaga tol tu heran ke?? DiCAMPAKnya amalan solat Lubna ke bumi. Berderai-derai amalan solat Lubna. Malaikat Lubna pun kutip satu2, dibawanya ke langit yang kedua pula. (jangan ingat nama malaikat tu Lubna, tapi malaikat kepada Lubna)
BEBEL!
Sama macam langit pertama, malaikat Lubna kene bebel sebab lewat hantar amalan. Malaikat Lubna merayu lagi.. Tapi, apa peduli?! CAMPAK!! Malaikat penjaga tol kedua pun campak je amalan solat Lubna. Berderaiii lagi.. Malaikat Lubna pun kutip lagi satu per satu sampai ke langit yang ketiga.
Sama juga macam tadi. Maka, kesudahannya.. Tak sampailah amalan solat Lubna kepada ALLAH S.W.T.. Sama je dengan Lubna tak solat langsung.
Equation Cemas!: Lubna solat lambat = Lubna tak solat langsung!
Takde faedahnya solat lambat.. Tak sampai pun amalan tu. Amalan pertama yang akan dihisab selepas manusia dibangkitkan ialah solat. Tetapi, mana amalan solat Lubna?!
Mana?!
Kalau nak lebih cemas, sila tukar nama Lubna kepada diri sendiri.
YA ALLAH, peliharalah kami sehingga ke hari akhirat!
YA ALLAH, janganlah KAU jadikan kami dalam kalangan orang yang rugi dan sesat!
YA ALLAH, janganlah KAU keraskan hati kami untuk menerima peringatan!
Besar2 nanti, solat awal2 tau..
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..
Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin
Assalamualaikum W.R.H. W.B.T.,
Membuka tingkap dan melihat ke langit..
Kan?
Islam Huwa Manhaj Al-Hayaah! (Tema mukhayyam Al-Manar tahun ... ???? tak ingat!)
Sambungan cerita Jaulah..
Setelah sampai di office WAMY (jauh lebih cantik than WAMY malaysia!) ~Iya, kecantikan luaran tidak penting~ Tapi jangan risau.. WAMY thailand ni hidup sokmo. Sering diimarahkan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian, kemasyarakatan, kesukanan, dll. Cantik luaran dan dalaman lagi best kan?
Setelah merehatkan diri selama beberapa jam sebab tulang belakang pun dah bengkok, kami bangun untuk bersolat Subuh dan membersihkan diri serta tempat tidur. Bila dah wangi, kami pun dijamu. Melangkah ke dewan untuk menyantap.. YA ALLAH, banyaknya makanan! The main course, nasi. Ditambah dengan segala lauk pauk thailand yang dah memang sedia sedap tu, Alhamdulillah.. Mereka ni memang amat memuliakan tetamu.
Semoga ALLAH S.W.T. memberkati kalian semua!
After makan, kami pun bersiap sedia untuk pergi mana-mana je yang mereka nak bawa. Yela, Mereka berbincang dalam thailand, jadi kami tok tahu menahu mane destinasi yang akan dituju. Ikut sahaja. Dulu waktu meeting dengan wamy thailand masa program summer camp, mula-mula mereka cakap Arab lagi (bahasa arab mereka fasih amat).. Last2, thailand je yang keluar. Maka, waktu itu mulalah syaitan menghasut kami supaya mengamuk terhadap ustaz. Tapi, disebabkan kami bukanlah kawan syaitan, buat apa nak tunduk atas kemahuan laknatullah tu!
Sedang membuat konferens dekat pintu masuk.
We went to the zoo! Dah lama tak menengok binatang-binatang ni secara live. At first kami naik tren. Perjalanan kami yang disertai dengan 3 non-stop talking children ni memang best.
The head master, Aisyah. Her true name is Wan Umaimah.
Penolong kanan dan kiri, Nur Afifah dan Nur Amani. Mereka obses terhadap cermin mata.
Lepas naik tren, kami pun naik kaki.
Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan ALLAH S.W.T.
Kemudian, apabila satu zoo sudah kami jelajah, kami pun menaiki van untuk pergi ke pasar. Bukan pasar tani tu.. Setelah membeli-belah barangan-barangan murah, kami pun pulang!
Maka, telah berlaku satu kejadian masa nak pulang. Semua sesat! Dalam van ada Pak Sen (the driver), Ubadah, and Hilmi. Ustaz Wan dan keluarganya kecuali Usaid dah balik sebab lambat sangat. I'm walking with Husna, Kak Aini, Kak Ainun, Mak Cik Hasnah, Moksu serta anak-anaknya. We're in shopping complex. Tidak jumpa jalan keluar. Yang kami ingat, commuter kami diparking tepi shopping complex, depan pintu masuk yang dalamnya ada food court. Tapi, kami tak tau pintu tu kat jihat mana. Kalau KB Mall senang la ada dua pintu je. Urutan kedai pun kami dah fasih. Masuk pintu depan, sebelah kiri ada pizza hut, kanan ada secret recipe. (Nampak sangat...)
Alhamdulillah, setelah berhempas pulas, kami pun tiba di jihat yang betul. Namun, ALLAH S.W.T. menguji kami dengan terpisahnya kami dengan moksu serta anak-anaknya. Sampai dalam van, nampak la mereka-mereka yang disebut namanya di atas. Maka, ubadah pun turun nak cari usaid. (Agaknyelah). Maka, kalau tak silap, husna dan mak cik hasnah pun turun nak cari moksu serta anak-anaknya.
Setelah beberapa ketika, sampailah ubadah wa usaid, serta husna dan rombongannya. Alhamdulillah, boleh balik! Dah letih ni..
Err.. Rasanya grammar salah tu!
YA ALLAH, kuatkanlah diri kami!
Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..
Wassalam..
Mukhlisah,
Nusaibah Sallehuddin